Satu posting oleh Public Health Malaysia berkenaan nasib seorang kanak-kanak yang mengalami masalah gusi sehingga bengkak dan bernanah disebabkan oleh ubat stapler tersusuk di celah gigi hingga ke akar gigi pesakit.
Hal ini satu perkara yang sangat membimbangkan terutamanya kepada kanak-kanak. Walaupun ia kelihatan seperti perkara yang meremehkan tapi ia sangat berbahaya kepada kanak-kanak kerana lumrah mereka untuk tidak memeriksa apa-apa yang dimasukkan ke dalam mulut.
Baca petikan lengkap oleh Public Health Malaysia di bawah.
Seorang kanak kanak perempuan dirujuk ke pakar pergigian kerana mengalami sakit dan bengkak di gusi.
Pemeriksaan mendapati, terdapat bengkak yang telah bernanah di gusi pesakit tersebut.
Imbasan xray menunjukkan terdapat imej yang gelap- yang menunjukkan kehadiran bendasing di dalam nanah tersebut.
Bengkak tersebut dicucuk dan air nanah di keluarkan. Rupanya terdapat dawai stapler yang tertusuk di celah gigi sehingga ke akar gigi pesakit.
Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing didalam makanan.
Sebagai seorang pembeli juga mestilah sentiasa berhati-hati untuk tidak memilih makanan yang dibungkus dengan dawai besi. Peniaga juga perlu memikirkan cara lain untuk membungkus makanan mereka untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Dawai stapler/ dawai kokot di anggap sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk di gunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan.
Sumber: Public Health Malaysia