Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mudah Je Nak Buat Sardin Homemade, Memang ‘Confirm’ Halal & Bersih Tanpa Cacing

Mudah Je Nak Buat Sardin Homemade, Memang ‘Confirm’ Halal & Bersih Tanpa Cacing

Kategori:
Sardin Homemade

Senang je rupanya nak buat sardin homemade kat rumah. Tak perlu beli dah lepasni. Yang penting memang 100% halal dan bersih. Mana tidaknya, sudah pernah ada kes dimana ada cacing di dalam tin sardin yang dijual di pasaraya.

Jom ikuti perkongsian oleh Norlela Abdul Lahak di bawah berkenaan cara-cara membuat sardin homemade.

Resipi Sardin Homemade

Bahan-bahan:

  • 2 kg ikan sardin
  • 1 tin tomato puree
  • 2 senduk bawang kisar
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 botol sos cili
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Cuka
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Tumis bawang kisar dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili dan tomato puree.
  3. Masukkan ikan dan tambah air sehingga menutupi ikan sebab bila masuk pressure cooker nanti kuah akan cepat pekat.
  4. Masak dalam 60 minit. Tulang ikan akan jadi lembut macam beli sardin dalam tin.
  5. Selamat mencuba!

Kredit: Norlela Abdul Lahak

 

 

tags: |