Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Shitake Mushroom Yang Jarang Di Jumpai, Sangat Enak Di Makan Bersama Nasi Ayam

Resepi Shitake Mushroom Yang Jarang Di Jumpai, Sangat Enak Di Makan Bersama Nasi Ayam

Kategori: ,

Resepi Shitake Mushroom ini dikongsi oleh Afy AL Habibi di laman facebooknya, menurut wanita yang menggelarkan dirinya cikgu ini,  asalnya shitake mushroom ini merupakan dari set nasi ayam lemon yang ditempah olehnya tempoh hari. Dia terlalu menyukai rasa cendawan masak yang seperti ini. Memang sedap sangat dimakan bersama dengan nasi ayam tersebut.

Jadi dengan segala kemahiran yang ada, cikgu ini cuba memasak shitake mushroom ini dengan tidak menggunakan sos tiram semata-mata. Ada di campur juga dengan beberapa bahan lain. Nak tahu betapa sedap rasanya. Anda boleh cuba buat dengan menggunakan resepi dibawah ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sb kicap jalen pekat
  • 1 sb kicap lemak manis
  • 1 sb kicap cair (optional)
  • cendawan shitake
  • 2 sb gula
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan cendawan shitake ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, kicap lemak manis, kicap pekat dan kicap cair.
  3. Tambahkan dengan sedikit sahaja air.
  4. Masukkan pula gula dan masak dengan api yang paling perlahan.
  5. Selepas mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung.
  6. Selepas kuah sudah melikat, bolehlah api.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi ayam.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Afy AL Habibi

tags: