Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hampir 425,000 Restoran Diramal Bakal ‘Gulung Tikar’ Menjelang Akhir Tahun Ini

Hampir 425,000 Restoran Diramal Bakal ‘Gulung Tikar’ Menjelang Akhir Tahun Ini

Kategori: ,
Gulung Tikar

Bukan rahsia lagi bahawa wabak pandemik COVID-19 benar-benar mampu membuatkan industri restoran runtuh.

Baru-baru ini Yelp melaporkan bahawa lebih daripada 24, 000 restoran di seluruh negara Amerika Syarikat telah ditutup sejak 1 Mac. Lebih separuh dari itu tidak akan lagi beroperasi. (Yelp =  American public company headquartered)

Laporan Yelp turut mengatakan perniagaan restoran paling terjejas teruk berbanding sektor-sektor lain.

Pada bulan Mac lalu, restoran mempunyai jumlah penutupan perniagaan paling tertinggi dibandingkan dengan industri lain. Jika dibandingkan dengan perniagaan lain yang ditutup, 17% adalah restoran dan 53% daripada itu telah ditutup. Restoran yang masih bertahan kini diibaratkan sedang berjalan di atas benang yang nipis dan bakal mengambil masa berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun sebelum ditutup sepenuhnya.

Pada suku pertama tahun ini, hanya empat rangkaian restoran yang mencatatkan keuntungan, sebahagian besar sebab keuntungan adalah disebabkan mereka melakukan perkhidmatan penghantaran makanan dan pandu lalu.

Bulan lalu, laporan meramalkan bahawa hampir 85% daripada semua restoran tempatan (bukan restoran rangkaian) akan ditutup tahun ini. Sekiranya penutupan mencapai tahap yang tinggi, diramalkan hampir 425, 000 restoran bakal ditutup.

Sementara itu, laporan oleh National Restaurant Association pada bulan Mac mengatakan 3% dari semua restoran di Amerika Syarikat (kira-kira 30, 000) sudah ditutup.

Sumber: https://www.eatthis.com/covid-closed-restaurants/

tags: