Siapa yang tidak kenal dengan Uncle yang berbangsa cina ini, yang mana popular dengan kebaikan yang dilakukannya. Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, ada membuat perkongsian mengenai situasi yang berlaku di depan matanya. Menurut apa yang dikongsikannya, Uncle kentang melihat seorang wanita melayu menangis kerana gerainya di sita dan di rentap oleh pihak berkuasa.
Tulis Uncle Kentang di laman facebooknya..
“Saya berkongsi pendapat.
TULIS PANJANG SIKIT KERANA AKU LIHAT WANITA MELAYU MENANGIS KERANA ITU LAH MODAL YANG ADA UNTUK BERNIAGA BAGI CARI MAKAN UNTUK ANAK ANAK KECIL… BILA KENA RENTAP DENGAN MAJLIS KENA SITA SEMUA BARANG… MAKA TAK ADA LAH HARAPAN LAGI BAGI WANITA NAK CARI REZEKI HALAL…. DAN MAKA ANAK ANAK AKAN KEBULURAN DI RUMAH…. nampak benda simple rentap sita… tapi sebenar kau telah rentap rezeki orang dan maka kebuluran terjadi lah…. “
Menurut Uncle Kentang, kesemua pemimpin Majlis Perbandaran atau Bandaraya adalah beragama dan intelek semua. Mereka pasti orang yang sangat alim dan orang yang baik. Hal tersebut tidak boleh dinafikan kalau tidak, tidak akan mereka dijadikan pemimpin.
Mungkin dengan rasa hiba dan penuh ikhlas Uncle Kentang menulis panjang dan siap mencadangkan beberapa perenggan doa kepada pihak berkuasa atau pemimpin.
Bila pagi pagi bangun dari tidor…. beritahu lah pada Tuhan hari ini…
“Boleh tak saya suggest satu. Bila pagi pagi bangun dari tidor…. beritahu lah pada Tuhan hari ini aku ke pejabat…. aku akan lakukan sebaik nya kerana kedudukan aku sebagai pemimpin adalah kurniaan dan izin mu Tuhan…. segala kesihatan aku adalah milik mu Tuhan…. akan aku ke pejabat dan jaga rezeki semua yang lain… gerai gerai makcik tak akan aku perkosa dan cabulkan… tak akan aku rentap payung dan tumpahkan nasi mereka… tak akan aku rampas dacing dan meja niaga mereka… tak akan aku jerit dan tengking pada mereka… malah akan aku permudahkan mereka seperti apa yang Kau ya Tuhan pesan pada hamba mu… kerana ku mengerti kedudukan aku di atas pejabat besar dan kerusi empuk itu hanya sementara… kerana aku faham kehadiran ku HANYA AKAN DI TANDAKAN DENGAN BATU NISAN YANG TERPACAK PADA BUMI YANG HIJAU DAN LAPANG…. kerana kegagahan aku sebagai pemimpin PASTI GAGAL KALAU AKU MENUTUP REZEKI MEREKA YANG BERTARUNG DENGAN HABUK, HUJAN DAN PANAS DEMI SETITIK REZEKI YANG HALAL YANG MEREKA BOLEH BAWA BERSAMA PELUH MEREKA BALIK UNTUK SUAPKAN ANAK ANAK YANG KELAPARAN DI RUMAH…. kerana aku tahu sedekah aku pada mereka adalah mempermudahkan semua perniagaaan mereka…. Ya Tuhan mereka BUKAN PENIAGA HARAM… kerana istilah haram halal hanya Tuhan Kau yang menentukan…. kerana aku tahu mereka bermandi peluh mencari rezeki yang halal ATAS NAMA MU YA TUHAN …..
Ya Tuhan… permudahkan langkah ku… buka kan hati ku serta pegawai penguatkuasa ku… untuk menyemat ajaran mu di hati…. dan bukan di tinggalkan di ruang solat ku apabila ku telah selesai hadir solat untuk menemui mu…. izinkan ya Tuhan … bagi kamu membawa borang dan mempermudahkan permohonan mereka yang cuba MENCARI SESUAP REZEKI YANG HALAL…. buka lah hati kami untuk membantu kerana kedudukan ku adalah kurniaan mu… jangan tutupkan hati ku Tuhan , jangan tutupkan mata ku dari melihat kepasrahan hati mereka yang putus rezeki bila pegawai penguatkuasa ku merampas barang jualan mereka… merampas meja mereka… buka lah mata ku Ya Tuhan untuk melihat tangisan… air mata berguguran di pipi makcik makcik apabila mereka di saman…. apabila gerai mereka di sita… YA TUHAN… BUKA LAH MATA AKU…MELIHAT KEKECEWAAN MEREKA… JANGAN LAH BIARKAN AKU BERDOSA….. Ya Tuhan ku…. BUKA KAN TELINGA KU… agar ku dapat mendengar tangisan… esakan… ratapan mereka yang di anayai hanya kerana kelemahan ku…. Ya Tuhan… bawa lah ku kepada mereka yang perlu kelulusan ku… bawa lah ku kepada mereka yang susah, lapar dan berilah aku kekuatan dan minda untuk mempermudahkan mereka… kurniakan aku rangkaian agensi lain lain agar bekerjasama untuk membantu mereka… kalau makcik nak niaga dan modal kurang… Ya Tuhan bagi lah aku kekuatan membimbing mereka untuk mendapatkan bantuan dari mana mana pihak lain membantu…..
YA TUHAN … JAUHI LAH DOSA DOSA DARI KU… BAGI LAH AKU KEKUATAN UNTUK MEMBANTU DAN MEMPERMUDAHKAN MEREKA YANG BERPERANG DI TEPI JALAN MENCARI SETITIK REZEKI HALAL…. “
Kalau kita pemimpin… kita akan mempermudahkan urusan orang lain..
Tambah Uncle Kentang lagi ” Kalau kita pemimpin… kita akan mempermudahkan urusan orang lain… yang perlu…kerana ku mengerti ku juga akan kembali satu hari nanti… entah nanti… entah bila… sebelum ku pulang… biarlah aku mempermudahkan yang lain… agar di alam kekal… aku di permudahkan….”
Memang menitis air mata apabila membaca doa-doa yang ditulis oleh lelaki berbangsa cina ini. Malah warganet juga terharu dengan pandangan beliau dan turut menulis komen menyokong pendapat Uncle Kentang ini. Dan ada juga yang menitipkan doa supaya beliau diberikan taufik dan hidayah oleh Allah untuk menjadi muslim yang sejati.
Sumber: Facebook Uncle Kentang