Selalu dengar ramai orang dari negeri lain sering bercuti ke Kelantan kerana menyukai masakan Kelantan kerana rasanya yang amat sedap. Termasuklah pisang goreng di Kelantan yang mana sedikit berbeza dengan negeri lain, berhabuk dan sangat rangup. Tapi kali ini tak perlu susah payah nak ke Kelantan semata-mata nak makan pisang goreng kelantan. Boleh buat sendiri di rumah ye.
BAHAN-BAHAN:
- 7 sb tepung beras
- 1/3 sk serbuk kunyit
- 1/3 sk garam
- 2 sb telur (seeloknya kuning telur sahaja)
- 1/2 cawa air sejuk peti
- Pisang lemak manis atau apa-apa pisang
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan bahan-bahan di atas kecuali pisang ke dalam satu bekas.
- Kacau rata semua bahan tadi. Adunan tepung jangan terlalu pekat dan sedikit cair.
- Kopek pisang satu persatu, masukkan ke dalam adunan. Kalau besar potong dua, kalau kecil tak payah potong.
- Masukkan satu persatu pisang ke dalam kuali sambil merenjis adunan tepung yang melekat di tangan.
- Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali.
- Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras.
- Jika habuk sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar sampai hangit.
- Siap untuk dihidangkan.
Tips untuk menghasilkan pisang goreng yang cantik:
- Guna minyak yang banyak
- Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang di masukkan)
- Api awalnya perlu kuat dan sederhana selepasnya
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Afy AL Habibi