Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Donut Gebu Tanpa Guna Acuan & Nak Tahu Rahsia Yis Cepat Kembang? Ini Caranya…..

Ini Cara Buat Donut Gebu Tanpa Guna Acuan & Nak Tahu Rahsia Yis Cepat Kembang? Ini Caranya…..

Kategori:
Cara Buat Donut Gebu

Pernah cuba buat donut, tapi hasilnya donut tak gebu dan lembut? Jom cuba sekali lagi menggunakan resipi ini. Kalau tiada acuan pun jangan risau, memang menjadi punya. Yang penting, tak perlu uli ‘bersungguh’ untuk dapatkan adunan yang lembut. Jom ikuti perkongsian cara buat donut gebu oleh Nisah Marnisah.

Ini Cara Buat Donut Gebu Tanpa Guna Acuan 

Maaf td tak sempat nak share resipi..bz sgt hari ni…utk yg bertanya…sis tak guna acuan pun donat ni.. manual je…cuba lah resipi sis…insyaallah donut lembut sgt…

Bahan-bahan:

  • 3/4 mug air suam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 peket mauripan
  • 1 kg tepung
  • 1 cawan marjerin yang telah dicairkan dan disejukkan
  • 3 sudu mkn susu pekat
  • Sedikit garam halus

Cara-cara:

  1. Kacau sebati air suam, gula dan mauripan dan taburkan sedikit tepung di permukaan bancuhan.
  2. Biarkan hingga kembang.
  3. Satukan semua bahan lain.
  4. Kemudian masukkan bancuhan yis yang telah kembang. Tambah air untuk dapatkan doh yang lembut.
  5. Uli hingga sebati. Tak perlu uli lama.
  6. Dah siap uli, terus bentukkan donut guna jari.
  7. Tunggu hingga donut kembang baru digoreng.
  8. Selepas diangkat biarkan sekejap baru disalut dengan gula kastor. Jangan terus gaul gula masa panas-panas.

Selamat mencuba!

 

tags: