Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Sendiri Ayam Goreng MCD Ini, Guna 5 Bahan Je. Boleh Makan Sepuasnya, Jimat Sangat!

Jom Buat Sendiri Ayam Goreng MCD Ini, Guna 5 Bahan Je. Boleh Makan Sepuasnya, Jimat Sangat!

Kategori:

Rupa-rupanya ayam goreng MCD ini boleh buat sendiri je. Sangat mudah nak disediakan, tak perlu menggunakan banyak bahan pun, 5 bahan je. Kalau yang ada anak-anak ramai, lepastu semua suka ayam goreng MCD, boleh lah buat dekat rumah. Boleh makan sampai puas. Jimat sangat!

BAHAN-BAHAN:

  • Tepung gandum
  • Tepung goreng bestari (pedas)
  • Tepung beras
  • Serbuk Cili
  • Ayam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campur tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan air. Bancuh sehingga sebati. Jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
  2. Perapkan ayam dalam bancuhan tadi selama sejam dalam peti ais.
  3. Campur tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air sampai sekata.
  4. Gaul ayam yang diperap tadi dalam bancuhan tepung yang kering.
  5. Masukkan ayam setelah minyak betul-betul panas dan goreng sehingga masak.
  6. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Engku Fatihah

 

tags: