Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Bahaya Rupanya Kuali Non-Stick Yang Dah ‘Calar’, Jangan Sayang Nak Buang Sebab…

Bahaya Rupanya Kuali Non-Stick Yang Dah ‘Calar’, Jangan Sayang Nak Buang Sebab…

Kategori: ,
Kuali Non-Stick

Rata-rata kini wajib ada kuali non-stick di setiap dapur. Memang banyak kegunaan kuali ini selain memudahkan kerja-kerja memasak. Kuali non-stick ini juga boleh menjimatkan penggunaan minyak semasa memasak dan mudah untuk dibersihkan.

Memang tak dinafikan banyak kegunaan kuali non-stick ni. Tapi apa yang perlu anda tahu adalah ia akan memberikan kesan bahaya jika disalah guna. Jika kuali non-stick anda sudah tercalar, ia sudah tidak diselamat untuk digunakan. Lebih baik buang sahaja.

Kenapa tidak selamat?

Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.

Bermakna, da bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.

Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.

Andai telah tercalar? Apa perlu buat?

Apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.

Atau bolehlah bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak. Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.

Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.

Cara penjagaan kuali non-stick

Kita sendiri perlu bertanggungjawab dalam menjaga kuali non-stick agar tidak tercalar. Beli mahal-mahal, rugi kalau tak guna dengan betul.

  1. Gunakan sudip kayu atau sudip yang tidak tajam.
  2. Elakkan guna span membasuh pinggan yang kasar atau kesar semasa mencuci.
  3. Jangan tindan kuali dengan perkakas dapur lain.
  4. Jangan guna kuali non-stick pada suhu yang tinggi, pastikan di bawah suhu 500F/260 C). Suhu yang tinggi boleh menyebabkan kuali ini membebaskan bahan bertoksik.
  5. Jangan panaskan kuali yang kosong kerana kuali ini cepat membahang, panaskan dengan minyak sebelum memasak.
  6. Dengan penggunaan sederhana, kuali ini boleh bertahan sehingga sekitar 5 tahun dan jika kuali rosak, jangan sayang untuk buang.

 

Kredit: Hadihaizil Din

tags: |