Resipi
ayam grill sepantas kilat style perkongsian oleh
Arnie Tojen, mudah tapi sedap! Sesuai untuk wanita bekerjaya yang tak sempat untuk memasak selepas balik kerja. Letakkan sahaja ayam dalam air fryer dan boleh berehat tanpa risau ayam hangus. Jom cuba resepi di bawah:
Ayam Grill Sepantas Kilat Style Guna ‘Air Fryer’
Bahan-bahan:
- Ayam 5 ketul
- 1 labu bawang merah besar
- Halia 2 inci
- 4 ulas bawang putih
- 1 pes ikan bakar adabi
Cara-cara:
- Kisarkan semua bahan kecuali pes ikan bakar adabi.
- Gaul rata bahan kisar dan pes ikar bakar adabi pada ayam. Jangan tambah garam sebab pes dah masin.
- Masukkan gula dan perasa agak-agak je.
- Perap 40 minit baru masukkan dalam air fryer.
- Guna suhu 180C selama 25 minit(+10minit).
Selamat mencuba!