Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mee Telur Homemade Yang Mudah, Guna 3 Bahan Je. Memang Menjadi Dan Sedap!

Resepi Mee Telur Homemade Yang Mudah, Guna 3 Bahan Je. Memang Menjadi Dan Sedap!

Kategori:

Ini dia resepi homemade mee telur. Kalau nak merasa sangat buat sendiri je, Sangat mudah sebabnya guna 3 bahan sahaja. Tapi hanya perlu gigih menguli. Mee telur ini sangat sedap bila dimakan bersama dengan sup ayam dan chili oil. Memang terbaik rasa dia!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • Secubit garam halus

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaul sehingga menjadi sebentuk doh.
  2. Sekiranya perlu, boleh masukkan sedikit air.
  3. Doh yang pertama akan menjadi seperti ini. Biarkan seketika selama 30 mint di dalam peti. Pastikan doh di alas kain atau bertutup.
  4. Doh tadi dikeluarkan dari peti, kemudian di uli lagi sehingga doh menjadi pejal. Masukkan semula ke dalam peti dan biarkan selama 15 minit.
  5. Setelah itu keluarkan doh dan uli. Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Leperkan dan canai doh sehingga nipis seperti kan.
  6. Kemudian potong secara memanjang.
  7. Rebus selama 10 minit atau lebih.
  8. Mee yang direbus diangkat dan basuh. Kemudian toskan.
  9. Dihidangkan bersama sup ayam, hirisan daun bawang dan chili oil.

RESEPI SUP AYAM:

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis hirisan 2 bij bawang kecil, 3 biji bawang putih dan 2 hirisan halia.
  2. Masukkan air dan campak seikat sup bunjut ikan Adabi (paket biru). biarkan sehingga air mendidih.
  3. Masukkan bahagian tulang ayam dan biarkan selama 40 minit. Akhir sekali perasakan dengan garam.
  4. Untuk hidangan dengan mee, ambil sup jernih sahaja tanpa hirisan bawang tadi.
  5. Bagi resepi chili oil. Tumiskan bawang putih yang di cincang dalam minyak yang banyak. Kemudian masukkan serbuk cili kering (chili flakes) dan secubit garam.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Zurina Zulkefli Via MAHN

 

 

tags: |