Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Resepi Rahsia Supaya Sotong Goreng Anda Rangup, Tanpa Tepung Khas Pun Memang Menjadi

Ini Dia Resepi Rahsia Supaya Sotong Goreng Anda Rangup, Tanpa Tepung Khas Pun Memang Menjadi

Kategori: ,
resepi sotong goreng rangup

Sotong goreng rangup merupakan antara seafood kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi kalau sotong tu lembut. Memang cepat je licin. Nak buat? Boleh. Rujuklah resepi ini, tetapi resepi ini sedikit berbeza dengan yang lain kerana ia tetap rangup walaupun tidak menggunakan apa-apa tepung khas termasuklah tepung bestari atau pun tepung adabi. Sangat mudah disediakan dan memang rangup habis.

Cara Buat Sotong Goreng Rangup

BAHAN-BAHAN :

  • Sotong
  • Serbuk kunyit
  • Perasa (pakai serbuk perasa/garam)
  • Blackpepper
  • Telur putih 1 biji (kuning tak perlu,nanti lembik)
  • Tepung beras
  • Tepung gandum

CARA PENYEDIAAN :

  1. Bersihkan sotong. Buang tulang sotong. Buang gigi sotong dan juga ink hitam dia tu
  2. Ni tips supaya tak meletup. Buang biji mata sotong tu. Bagi saya ini lah punca bila goreng sotong tu meletup-letup.
  3. Potong sotong ikut saiz yang anda suka. Baru letakkan serbuk kunyit, garam atau serbuk perasa, telur putih (jgn campur telur kuning ye) dan blackpepper. Pandai2 lah agak. Garam atau perasa tu lebihkan sedikit sebab kalau letak sikit tiada rasa.    
  4. Sediakan tepung gandum dan tepung beras dalam satu mangkuk macam dalam gambar. Saya campur blackpepper sikit dalam tu tepung. Tepung tu bagi sama rata, contoh 5 senduk tepung gandum, 5 senduk tepung beras.
  5. Masukkan sotong dalam tepung tu dan gaul-gaul sampai semua disaluti tepung. Kemudian goreng. Apabila  sudah kekuningan itu tandanya ia sudah masak. Pastikan goreng dalam minyak yang banyak dan minyak yang panas supaya tepung tak melekat.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Frenda Ann Frankie via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

Baca juga : Resepi Sotong Goreng Tepung Kayangan Sangat Sedap Dan Memuaskan! Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

tags: