Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Kuih Manja Paling Senang Nak Buat, Pergi Pasar Malam Memang Wajib Beli

Resipi Kuih Manja Paling Senang Nak Buat, Pergi Pasar Malam Memang Wajib Beli

Kategori: ,
Kuih Manja

Kalau pergi pasar malam memang wajib beli kuih manja. Kuih manja juga dikenali dengan nama Kuih Tokyo. Rasanya memang unik dan melazatkan. Intinya bergantung pada citarasa masing-masing, tetapi mungkin yang paling disukai ramai adalah inti kaya.

Nak cuba buat sendiri kat rumah? Boleh gunakan resipi perkongsian oleh Zuraidah Mohammed. Buat sendiri lagi puas hati, boleh makan puas-puas!

Resipi Kuih Manja

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur*
  • 1/2 cawan gula*
  • 2 cawan susu cair*
  • 2 cawan air
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 s/b baking powder
  • Secubit garam
  • 3 s/b minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan yang bertana (*).
  2. Kemudian masukkan ke semua bahan kering (kalau nak lagi cantik halus gebu kita blender semua bahan tersebut)

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kastard
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air

Cara-cara:

  1. Masak semua bahan sehingga berkilat dan letak pewarna merah, hijau, kuning pun boleh.

Selamat mencuba!

tags: