Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Guna 3 Bahan Je Nak Buat ‘Cream Cheese Homemade’, Rasa Memang Sama Macam Beli

Guna 3 Bahan Je Nak Buat ‘Cream Cheese Homemade’, Rasa Memang Sama Macam Beli

Kategori: ,
Cream Cheese Homemade

Mudah je nak buat cream cheese homemade rupanya, hanya perlu guna 3 bahan mudah sahaja. Lagipun, cream cheese boleh tahan mahal juga kalau beli di kedai. Buat sendiri dapat jimat banyak! Jom ikuti perkongsian oleh Chesu Riani di bawah.

Guna 3 Bahan Je Nak Buat ‘Cream Cheese Homemade’

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu tepung + 3 cawan air (ku guna yg ni. Susu tepung fernleaf full cream)
    Atau 1 liter fresh milk
  • 4 sudu cuka makan/ jus lemon
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Panaskan susu dalam periuk guna api medium to low.
  2. Uji kepanasan susu dengan celupkan jari di tengah2 susu. Matikan api jika jari tahan kepanasan dalam 4 saat. Maknanya susu dah cukup panas. Jangan sampai mendidih.
  3. Tabur rata cuka/ jus lemon ke seluruh susu dan kacau2 manja.
  4. Biarkan 5-10 minit. Ketulan susu atau cheese akan mula terbentuk. Kalau ada bahagian susu yang masih cair, boleh tmbh lagi sikit cuka kt bhgn tu. Nanti dia akan berketul juga.
  5. Tapis cheese. Cecair yang tinggal jangan dibuang. Namanya whey dan boleh digunakan dalam adunan tepung/ masakan. Sangat berkhasiat (ku guna dlm kari).
  6. Lalukan cheese ni di bawah air sekejap untuk kurangkan rasa masam cuka. Edit: masa lalukan bawah air ni masih dalam penapis ya.. bagi air betul2 kering dari cheese ni.
  7. Dah kering blend dengan sedikit garam. Kalau pekat sangat campurkan sedikit whey tadi. Blend sampai halus dan creamy.
  8. Siap dah cream cheese! Boleh disimpan dalam peti. Sesuai digunakan untuk pelbagai resepi!

*Ini dia whey, cecair yang terpisah dari ketulan cheese tadi.

Selamat mencuba!

tags: |