Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri Je ‘Kek Coklat Viral’ Ni, Baru Boleh Makan Puas-Puas!

Buat Sendiri Je ‘Kek Coklat Viral’ Ni, Baru Boleh Makan Puas-Puas!

Kategori: ,
Kek Coklat Viral

Siapa je yang tak tahu kek coklat viral ni kan? Memang ramai peminatnya yang tersendiri, sekali rasa memang boleh buat ketagih. Harganya boleh tahan juga kalau beli selalu. Kalau buat sendiri memang berbaloi-baloi, boleh makan puas-puas.

Untuk anda yang merupakan penggemar coklat, pasti akan suka kek ni sebab memang padu sangat! Jom ikuti resipi perkongsian oleh Zue Kitchen di bawah.

Resipi Kek Coklat Viral

~Bahan-bahan Kek~

Bahan A:

  • 1 cawan gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 1/2tsp dark koko powder

Bahan B:

  • 2 butir telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak (minyak jagung -best result)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

  1. Ayak semua bahan A. Ketepikan,
  2. Satukan semua bahan B, pukul sebati.
  3. Kemudian campurkan bahan B dengan bahan A.
  4. Bakar pada suhu 150 C selama 40 minit bergantung pada oven masing-masing.

~Resipi Filling Cream Cheese~

Bahan-bahan:

  • 250g cream chease . ( mascarpone paling sedap)
  • 250g uht w.cream – akak guna brand bridel sekarang susah sgt nk dpt uht

    anchor (anchor memang terbaik)
  • 250g non dairy w.cream (Brand Rich sedap lemak berkrim)
  • 1sudu kecil perahan lemon.( Yang ni xletak pun xpa)

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese hingga lembut.
  2. Masukkan uht w.cream.pukul lagi.
  3. Masukkan pula non dairy w.cream
  4. Pukul hingga kembang dan last masukkan perahan lemon.
  5. Simpan dalam peti sementara menyiapkan coklat ganache

~Resipi Coklat Ganache~

Bahan-bahan:

  • 250 g dark coklat
  • 250 uht w.cream
  • 1 sudu kecil butter

Cara-cara:

  1. Double boil kan semua bahan.
  2. Potong kek kepada dua lapisan.
  3. Akak guna kotak.
  4. Masukkan lapisan kek, letak cream cheese. Lapisankan kek dan cream cheese dan akhir sekali tuang lapisan ganache.
  5. Simpan dalam peti sebelum makan baru sedap.
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Zue Kitchen

tags: