Peminat tegar McDonald’s mesti tahu menu ini, mereka sekali lagi mengeluarkan Spicy Korean Burger yang menjadi kegemaran ramai!
Jika anda peminat pedas, pasti akan menggemari Spicy Korean Burger ini. Didatangkan dengan 2 pilihan iaitu daging ayam dan daging lembu. Harga bermula dari hanya RM14.62 sahaja.
Burger ini dilapisi dengan daging lembu panggang yang berjus atau patty ayam rangup, bersama sayur yang segar dan juga bawang yang dipanggang bersama sekeping keju dan dilengkapi dengan sos korea yang istimewa! Tak dilupakan, semua itu diapit dengan roti charcoal yang lazat!
Anda juga boleh mendapatkannya dengan harga promosi menggunakan Aplikasi McD! Tebus di aplikasi ini untuk dapatkan harga yang lebih murah.
McDonald’s juga turut melancarkan McFlurry yang baru iaitu Black Forest McFlurry. Kombinasi coklat dan strawberry yang digabungkan bersama aiskrim vanilla kegemaran ramai, memang perfect! Harga bermula dari RM6.13 sahaja.
McDonald’s juga memperkenalkan perisa pie yang baru iaitu Black Forest Pie. Kombinasi sempurna di antara strawberry yang manis bersama krim kastard di dalam pai coklat yang rangup. Harga dari RM4.25 sahaja.
Tunggu apa lagi? Jom serbu McDonald’s berdekatan anda sekarang jugak! Tak sabar nak cuba menu baru oleh McDonald’s ni.