Nasi Mmanggey atau nama lainnya Nasi Ayam Cincang ini dijual di Warung Cikgu, Bukit Puchong. Nasi ini terkenal dengan aura Pantai Timurnya.
Aroma nasi yang manis dan pedas mendatangkan rasa menyelerakan kepada pelanggan yang mengunjungi kedai ini. Nasi MManggey ini sebenarnya adalah nasi kukus yang biasa sahaja namun begitu permintaan pelanggan terhadap nasi ini begitu tinggi kerana kualiti dan harganya yang murah.
Warung Cikgu ini dibuka daripada jam 7 pagi sehingga ke 10 malam. Selain daripada Nasi Mmanggey ini, pelbagai jenis juadah lain juga dijual di sini seperti Nasi Lemak dan Nasi Berlauk.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat ini:
Kredit: Hypp Inspirasi