Kotoran udang merupakan satu benda yang sukar untuk dibuang. Pelbagai cara yang telah digunakan oleh mak-mak. Namun masih juga sukar untuk dibuang dan ada apabila dibuang, hanya tercabut separuh. Selebihnya masih tertinggal pada udang tersebut.
Tapi anda mesti nak tahu kan bagaimana cara atau kaedah yang betul dan cepat untuk membuang kotoran pada udang ini. Ikutilah perkongsian daripada seorang wanita di group facebook MAHN, bagaimana dia membuang kotoran di belakang udang dengan cara yang mudah dan cepat.
Objek yang digunakan olehnya adalah garfu. Namun menurutnya ada juga diluar sana yang menggunakan lidi satay. Tapi itu semua terserah kepada anda sama ada hendak menggunakan lidi satay atau garfu.
Mudahkan? Sekiranya anda masih kurang memahami bagaimana caranya anda masih boleh rujuk video cara membersihkan kotoran yang ada di belakang udang di sini.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Abby Red Luna