Rata-rata rakyat Malaysia memang menggemari makanan pedas ni. Mana tidaknya, kalau makan nasi wajib ada sambal belacan ‘pedas’ tu. Kalau tak ada, memang tak lengkap orang kata. Tambahan lagi, sekarang itu memang terkenal dengan ayam goreng korea pedas, ayam geprek, mi segera (samyang) dan sebagainya lagi.
Satu perkara lagi, zaman sekarang sangat popular dengan vlog Mukbang di Youtube. Kebanyakan dari mereka selalu makan dalam kuantiti yang banyak dan makanan pedas yang bercili. Yang paling penting, badan mereka tetap maintain KURUS.
Maka timbul ideologi,
“Ohh, mereka makan pedas banyak.. Itu yang BAKAR LEMAK tu, sebab tu tak gemuk.”
Persoalannya, betul ke makan pedas boleh bakar lemak dengan efektif dan boleh membuatkan seseorang itu menjadi kurus?
Pertama sekali kita kena tahu daripada mana datangnya makanan pedas ni. Rasa pedas sangat sinonim dengan penggunaan cili dan cili itu sendiri mempunyai satu bahan aktif yang dipanggil Capsaicin.
Menurut kajian, kesan capsaicin adalah dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh dengan meningkat kadar degupan jantung, pengeluaran hormon dan juga tenaga. Sebab itu kalau kita makan pedas, kita akan rasa panas dan berpeluh peluh. Mesti pernah alami kan?
Berbalik pada persoalan, betul ke MAKANAN PEDAS NI BOLEH BAKAR LEMAK DENGAN EFEKTIF?
“Yela kan, dah makan tu kalau berpeluh-peluh mesti bakar kalori dan lemak sekali!”
Memang betul, kajian ada mengatakan kesan capsaicin yang meningkatkan penggunaan tenaga dan sedikit sebanyak dapat membakar lemak. TETAPI, hanyalah dalam jumlah yang kecil.
Bayangkan kalau kita ambil makanan pedas tu tapi kuantitinya setalam besar macam dalam vlog mukbang dan jenis masakan pula selalunya yang bergoreng. Mana satu lagi banyak, lemak yang TERBAKAR ke atau lemak yang MASUK?
Pembakaran lemak hanya efektif melalui AKTIVITI FIZIKAL iaitu pergerakan badan, bukan mulut je yang kuat mengunyah.
Yang buat mukbang tu pun barangkali hanya buat seminggu sekali sahaja, kemudian mereka buat senaman kaw kaw! Sebab tu mereka tetap nampak ‘kurus’ walaupun makan banyak. Yang tak tahan pedas jangan pergi makan pedas semata-mata nak ‘kurus’ ya. Yang penting, jangan malas bersenam!
Kredit: Wan Nusaibah (Dietitian)