Kepada rakyat Malaysia di luar sana, sila ambil perhatian yang lebih serius mengenai makanan yang anda makan. Perhatikan berapa jumlah kalori, lemak dan gula dalam setiap makanan yang anda hendak makan. Semua sudah sedia maklum bahawa rakyat Malaysia amat tertarik dengan makanan segera dan makanan yang kurang menyihatkan seperti burger, nugget, donut dan ayam. Makanan tersebut mempunyai lemak tepu yang tinggi.
Lemak tepu ini merupakan sejenis lemak di mana rantai asid lemaknya mempunyai ikatan tunggal secara banyak atau keseluruhannya. Antaranya ialah lemak haiwan, mentega dan daging merah. Makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi ini adalah punca kepada obesiti, kolestral tinggi dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung serta pelbagai lagi penyakit lain yang merbahaya.
Namun begitu, lemak tepu ini ada manfaatnya juga, antaranya ia merupakan sumber tenaga untuk badan kita dan penyumbang kepada penyerapan vitamin dan elemen surih yang berjaya. Jadi kami nasihatkan anda ambillah mengikut kesesuaian. Anda kata terlebih, lakukanlah senaman ringan untuk mengurangkan lemak tepu yang berlebihan.
Ini adalah senarai makanan yang dikeluarkan oleh Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P Kuala Lumpur & Putrajaya mengenai jenis-jenis makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi dalam makanan harian anda.
6 keping keropok lekor mempunyai 9.8g lemak bersamaan dengan 2 sudu.
1 Keping roti canai telur bersamaan dengan 14.2 g atau 3 sudu teh lemak.
3 potong roti john ayam bersamaan dengan 17.2g atau 3.4 sudu teh lemak
2 biji donut bersamaan dengan 15.4g atau 3 sudu teh lemak
6 ketul nugget ayam bersamaan dengan 19.2g atau 4 sudu teh lemak.
1 biji double cheese burger bersamaan dengan 24.2g atau 5 sudu teh lemak.
1 ketul ayam bersamaan dengan 30.7 g atau 6 sudu teh lemak.
2 biji laddu bersamaan dengan 15.0g atau 3 sudu teh lemak.
3 biji karipap bersamaan dengan 20.4g atau 4 sudu teh lemak.
3 biji kuih bom bersamaan dengan 19.2g atau 4 sudu teh lemak.
Semoga maklumat di atas sedikit sebanyak membantu anda dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat bersama keluarga tersayang.
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA