Suka makan kuih tiram? Sebelum ni asyik beli je kan, kali ni apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah. Mudah je hanya perlu guna 5 bahan sahaja nak buat kuih tiram rangup.
Cara Buat Kuih Tiram Rangup Guna 5 Bahan
Bahan-bahan:
600g tepung gandum
Marjerin 80g
1 biji telur
205g air + garam 1 sudu kecil (bancuh)
Cara-cara:
Gaulkan semua bahan dan uli.
Bila dah uli, kepal-kepalkan menjadi 9 biji sama besar. Perap selama 2 jam.
Lepas tu boleh la gelek, lapik plastik. Kena gelek senipis-nipisnya.
Dah siap gelek, boleh sapukan gamnya (tepung beras + minyak).
Kemudian gulung-gulung kemas dan potong kecil-kecil.