Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Cheezy Wedges Homemade Ala KFC Step By Step, Lebih ‘Jimat’ Buat Sendiri Kalau Ramai Yang Nak Makan

Resepi Cheezy Wedges Homemade Ala KFC Step By Step, Lebih ‘Jimat’ Buat Sendiri Kalau Ramai Yang Nak Makan

Kategori:

Cheezy wedges adalah ubi kentang yang dipotong empat atau enam. Kemudian di rebus atau di kukus dan di goreng. Setelah itu diletakkan mayonis dan cheezy. Wedges yang paling terkenal pada hari ini ialah wedges di KFC.  Cheezy wedges ini memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Seandainya anda nak jimat, anak-anak ramai atau semasa berkumpul ramai-ramai, anda boleh buat sendiri dekat rumah. Senang je. Ikut step di bawah ini je. Rasanya hampir sama dengan KFC.

RESEPI WEDGES

Bahan-bahan:

  • 2 kg ubi kentang | belah 2 kemudian bahagikan 3
  • 4 sdb tepung gandum*
  • 4 sdb tepung beras*
  • 4 sdb tepung jagung*
  • 4 sdb serbuk lada sulah*
  • 2 sdb serbuk lada hitam*
  • 2 sdb serbuk cili*
  • Garam secukupnya*
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan kulit kentang dan pastikan tiada pasir yang melekat. Kemudian toskan.
  2. Didihkan air kukusan. Sementara menunggu air kukusan mendidih, boleh la potong kentang. (pastikan kentang tersebut menyerong, jangan potong macam nak buat kari).
  3. Apabila dah siap potong, cuci dan toskan. Kemudian susun dalam tray kukus dan kukus dalam 5 minit atau sehingga ubi kentang empuk. Bila dah empuk sejukkan sekejap.
  4. Dalam bekas lain, satukan bahan yang bertanda * . Ambil ubi kentang yang telah kukus tadi dan gaulkan. (Jangan buat benda pelik ye, kulit ubi kentang tak kena tepung, kulit ubi kentang tak serap air. Ianya tak lembap macam isi ubi kentang tapi masih selamat untuk dimakan).
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

RESEPI CHEEZY

Bahan-bahan:

  • 1 sdb mentega / butter
  • 2 sdb tepung gandum
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1 sdb pati ayam(serbuk) / 1ketul kiub ayam
  • 4 kpg slice cheese
  • 1 cawan susu segar
  • Pewarna kuning

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan pan dengan api yang perlahan dan cairkan mentega.
  2. Masukan tepung gandum, serbuk cili dan serbuk/ kiub pati ayam. Kacau sehingga rata.
  3. Kemudian masukan susu segar dan masukkan cheese serta pewarna. Kacau sampai cheese cair. Biarkan selama 3 minit sehingga cheezy pekat.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Nur Fadzillah Ibrahim

tags: | |