Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » llaollao Bekerjasama Dengan Niko Neko Matcha Untuk Melancarkan Topping Matcha Pertama Pada 27 Julai Ini

llaollao Bekerjasama Dengan Niko Neko Matcha Untuk Melancarkan Topping Matcha Pertama Pada 27 Julai Ini

Kategori:

Semua orang tahu Ilaollao kan? Jenama ini menyajikan yogurt beku yang premium kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai jenis topping, tak terkira banyaknya. Bukan itu sahaja, tidak lama dulu Ilaollao ada membuat kejutan dengan mengeluarkan rasa baru iaitu Cendol. Tetapi kini lebih baik lagi apabila Ilaollao akhirnya bekerjasama dengan Niko Neko Matcha!

llaollao Malaysia Bekerjasama Dengan Niko Neko Matcha

Baru sahaja diumumkan semalam di laman facebook rasminya, Ilaollao Malaysia akan bekerjasama dengan matcha premium, Niko Neko Matcha. Niko Neko Matcha sangat digemari oleh ramai rakyat Malaysia, ia merupakan pakar matcha Jepun nombor satu di Malaysia. Dengan 39 ribu pengikut di Instagram dan pelbagai perisa yang tersedia. Niko Neko Matcha merupakan tempat yang wajib dikunjung oleh para peminat matcha di Bangsar.

Menerusi kerjasamanya, Ilaollao Malaysia dan Niko Neko Matcha secara eklusifnya akan melancarkan topping matcha pada 27 Julai 2020. Namun anda tidak perlu menunggu lama untuk mencubanya. Untuk menjadi salah seorang yang pertama merasai kehebatan Illaolao matcha ini anda boleh pergi ke App Store atau Google Play untuk memuat turun aplikasi rasmi Ilaolla dan menebusnya!

Inilah Masanya Untuk Menikmati Illaolao Matcha

matcha

Adakah anda teruja untuk mendapatkannya? Topping baru ini boleh didapati di semua gerai kecuali di Malaysia Timur. Dan ia akan disediakan di Johor lebih awal iaitu pada hari ini, 24 Julai. Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi untuk menjadi yang pertama mencubanya!

Sumber rujukan: KLFoodie

Sumber gambar: Facebook Illaollao Malaysia

tags: | |