Myeongdong topokki Korean Street Food merupakan restoran makanan yang berasal daripada korea. Mula menubuhkan restoran di Malaysia sejak tahun 2014. Myeongdong Topokki ini juga mempunyai sijil halal dan mempunyai lebih 40 jenis hidangan makanan korea.
Pada hari rabu lepas, Myeongdong Topokki ada membuat live makan-makan bersama penyanyi yang kini popular dengan lagu yang berjudul hapus, iaitu Masya di laman facebook rasmi mereka sempena dengan menu terbaru yang mereka keluarkan. Antara menu yang disukai oleh Masya adalah Hotteok dan Hangul Ramen Chicken.
Hotteok ini merupakan pancake yang lazat yang dilengkapi dengan gula karamel, kacang hancur dan cinnamon. Penyatuan bahan-bahan tersebut membuatkan Hotteok keluaran Myeongdong Topokki ini sangat sedap dan menyelerakan!
Apa yang terbaik mengenai Myeongdong Topokki ini ialah walaupun mereka adalah rangkaian restoran, keaslian makanan Korea mereka tetap sama dengan makanan jalanan yang boleh di dapati di Seoul. Sebijik!
Dalam masa yang sama, Myeongdong Topokki turut menyediakan pelbagai jenis hidangan nasi dan mi. Dan sekiranya anda menginginkan nasi, anda boleh mencuba set Deopbap iaitu Bulgogi Daging dan Dakgalbi Chicken Deopbop. Set ini dilengkapi dengan lauk pauk seperti sup, ikan bilis dan air teh hijau. Air teh hijau tersebut anda boleh upgrade kepada minuman MDT Kape.
Selain itu, antara senarai yang paling laris adalah set spicy stew. Cubalah Kimchi Jigae, ia merupakan rebusan kimchi bersama dengan nasi. Manakala Hangul Chicken Ramen ini pula dibuat dengan sup yang berasaskan daripada ikan bilis dan serbuk Hangul yang dibuat khas oleh MDT. Hangul Chicken Ramen ini juga dilengkapi dengan Kimbap.
Yangnyeom wings ini pula merupakan kepak ayam yang paling pedas. Menurut Myeongdong Topokki menu ini memang sangat pedas. Menurut pelanggan lain mereka juga berpendapat yang sama dan mengatakan bahawa menu ini merupakan menu yang paling pedas di sini.
Sekiranya anda ingin menikmati makanan asli Korea tetapi tidak mahu keluar dari Malaysia, anda boleh terus pergi ke Myeongdong Topokki! Mereka mempunyai begitu banyak restoran di seluruh Malaysia, pasti ada yang berdekatan dengan anda. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk menikmati menu baharu Myeongdong Topokki!
Anda juga boleh ikuti live Myeongdong Topokki dan Masya di bawah.
https://www.facebook.com/myeongdongtopokki/videos/2318624471779456