Kembung perut terjadi apabila terjadi reaksi angin dalam perut. Ia berlaku apabila badan bertindak mengeluarkan angin yang berlebihan yang mana terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur.
Walaupun begitu, kembung perut tidak mendatangkan masalah kesihatan yang serius, akan tetapi ia menyebabkan individu yang mengalaminya berasa tidak selesa, sukar untuk bernafas, duduk dan bergerak.
Sekiranya anda sentiasa mengalami masalah kembung perut, cuba ketahui atau cari apakah punca yang menyebabkan anda sering kembung. Setiap individu mempunyai trigger yang berbeza. Lain orang lain puncanya.
Tetapi kebiasaannya, kembung perut ini adalah berpunca dari pemakanan dan cara anda makan. Sesetengah makanan sukar dihadam dan mempunyai bahan tertentu yang mana akan menyebabkan pembebasan gas di dalam perut. Selain itu, makan terlalu laju atau makan sambil berbual dan makan terlalu banyak juga merupakan punca perut kembung terjadi.
Semoga tips di atas membantu anda dalam mengurangkan masalah kembung perut!
Sumber: Public Health Malaysia