Hari ini saya akan kongsikan Resepi Chicken Grill dan Sos Cendawan dengan anda semua. Kebiasaannya Kalau nak makan western food je medti kena pergi kedai kan. Dengan jalan jem nya, pastu kena tunggu punya lah lama untuk dapatkan makanan.
Sampai-sampai je makanan tak memuaskan pulak dah. Apa kata kalau kita masak sendiri je dekat rumah. Lebih puas hati kan. Disamping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana masak sama-sama.
Berikut merupakan Resepi Chicken Grill dan Sos Cendawan
Bahan perapan ayam:
2 bahagian peha ayam (dibuang tulang)
1 sb minyak zaitun
1 sb jus limau nipis
2 sk garam
1 sk madu
2 sk chilli oil/chilli flakes
1 sk lada hitam
1 sk mixed herb/oregano
Bahan sos cendawan:
1/4 biji bawang besar
1.5 sb tepung jagung
250ml air
1 sb stok ayam / 1/2 kiub ayam
1 sb sos lada hitam
1 sk kicap manis
1/2 sk garam
Secubit gula
4-5 biji cendawan butang
1 sk lada hitam
2 sb mentega
Cara-cara Memasak:
Sediakan peha ayam yang sudah dibasuh cuci dan dibuang tulang.
Kemudian campurkan minyak zaitun, jus limau nipis, madu, oregano/mixed herb, garam, lada hitam dan chilli oil/chlli flakes. Kacaukan supaya sebati.
Kemudian sapukan pada ayam yang sudah dibersihkan. Perapkan selama 1 – 2jam dan panggang hingga masak.
Untuk Sos Cendawan:
Masukkan mentega kedalam kuali dan tunggu sehingga cair. Kemudian masukkan bawang besar, cendaawan butang dan tepung jagung. Kacaukan seketika hingga sebati. Kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Kemudian masukkan stok ayam dan sos lada hitam, kacau sehingga sebati. Kenudian masukkan kicap manis, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sekejap dan siap untuk dihidangkan bersama ayam yang siap dipanggang.
Selamat Mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.
Tonton video ini untuk mengetahui cara-cara penyediaannya: