Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Lelaki Ini Kongsikan Cara Paling Mudah Cuci Lilin Pada Buah Dan Sayuran ‘Sepantas’ 10 Saat Je

Lelaki Ini Kongsikan Cara Paling Mudah Cuci Lilin Pada Buah Dan Sayuran ‘Sepantas’ 10 Saat Je

Kategori: ,

Umum mengetahui bahawa buahan import atau sayuran import mengandungi lilin atau wax. Salutan wax atau lilin ini direka khas bagi memelihara kesegaran buahan atau sayuran. Wax ini berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buahan atau sayuran sentiasa kelihatan segar, licin dan baik.

Dalam masa yang sama ianya juga adalah untuk melindungi buah dari serangan kulat yang mana akan menyebabkan buahan atau sayuran cepat buruk atau busuk. Bagi menghilangkan wax atau salutan lilin pada buahan tersebut, anda perlu mencuci buahan atau sayuran tersebut dengan teliti.

Pelbagai cara yang ada di google sama ada menggunakan cuka, tepung gandum atau soda berkarbonat serta sebagainya. Tapi cara-cara tersebut agar sukar dan kadang-kala menjejaskan rasa sayuran tersebut.

Ini ada seorang lelaki di laman facebook berkongsi cara yang selalu di amalkannya untuk menghilangkan wax pada buahan atau sayuran. Beliau menggunakan Atomy Dish Detergant dari Korea. Menurutnya Dish Detergent yang digunakan olehnya itu sesuai untuk membasuh makanan serta botol susu bayi. Cara tersebut adalah lebih mudah dan lebih cepat. Lebih kurang 10 saat sahaja, semua salutan lilin pada sayuran tersebut dah hilang.

Cara menghilangkan wax pada buahan dan sayuran

  1. Letakkan air ke dalam bekas lebih kurang 1/2. Seperti dalam gambar. 
  2. Tuangkan lebih kurang 1 titis dish detergent.
  3. Kacau sekejap
  4. Kemudian boleh celup brokoli ke dalam air tersebut lebih kurang 10 saat.
  5. Untuk buahaan atau buah apel in pula anda boleh gosok-gosokkan buah tersebut dalam air sehingga licin dan berkilat.
  6. Ini perbezaan yang boleh di lihat antara brokoli yang sudah di basuh dengan yang belum.
  7. Ini pula perbezaan antara buah apel yang sudah di basuh dengan belum

Sumber: Facebook Tengku Asmadi

Baca juga : Cara Cuci Kerak Kuali Dengan Mudah. Walaupun Dah 10 Tahun, Tetap Berkilat Macam Baru!

tags: | |