Mesti ramai fikir kalau nak buat kek coklat susah kan. Sebenarnya tak pun, ada je cara mudah nak buat kek coklat ni. Guna pengisar sahaja tak perlu guna mixer pun. Lagi satu tak payah guna oven, sebab kek coklat ini versi kukus. Dah lah mudah nak sediakan, rasanya pula memang super duper sedap. Kalau siapa-siapa tengok pun pasti terliur.
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawansusu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan gula
- 1 cawanminyak
- 3 biji telur
Bahan Ayak:
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit.
- Panaskan air dalan periuk kukusan.
- Masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang.
- Kukus 45 minit dengan api sederhana. Nak tau masak ke belum, boleh cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.
- Siap untuk dihidangkan
Selamat mencuba!
Kredit : Nor Juliana Isa via Buku Resepi