Laksam merupakan makanan tradisi negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ianya sangat sedap, lebih-lebih lagi kalau ada ulaman yang mencukupi. Bertambahlah sedap. Kalau dah lama tak makan, nanti balik kampung boleh buat ini, hidangkan di pagi raya sebagai sarapan pasti menggamit memori.
Nak cuba buat Laksam yang mudah dan sedap ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.
Cara Mudah Buat Laksam, Sekali Rasa Terus jatuh Cinta
RESEPI LAKSAM:
Bahan-bahan:
- 2 1/2 cawan tpg beras cap teratai
- 1/2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air panas
- 2 cawan air paip
- 1/2 st garam
- 2 sb minyak masak
- Tudung periuk atau pizza non stick pan
Cara Penyediaan:
- Bancuh semua bahan sebati. Panaskan air dlm pengukus hingga mendidih.
- Masukkan satu senduk atau dua senduk adunan ke dalam tudung periuk atau loyang bulat atau pizza non stick pan dan kukus hingga masak.
- Bila permukaan menggelembung maknanya laksam dah masak, angkat dan sejukkan sebelum digulung.
RESEPI KUAH LAKSA LEMAK
Bahan-bahan:
- 1 kg ikan kembung/selayang (rebus sekejap, kisar isi ikan hingga halus)
- 1/2 kg santan pekat
- 10 ulas bwg merah*
- 4 ulas bwg putih*
- 1 inci halia*
- 1 sb lada hitam ditumbuk halus
- 2 keping asam keping
- Garam
- 1 st gula (optional) sy tak bubuh sebab santan dah manis
Cara Penyediaan:
- Bahan bertanda * dikisar halus dan campurkan dengn ikan yang telah dikisar.
- Masukkan dalam periuk bersama asam keping, kacau hingga mendidih.
- Masukkan santan, garam, lada hitam dn gula kalau suka. Bila dah masuk santan kena selalu kacau untuk mengelak santan berketul, dan air secukupnya. Rasalah masam masinnya.
- Bila mendidih agak-agak 2-3 minit tutup api.
- Siap untuk dihidangkan bersama ulam-ulaman dan sambal.
Nota: Bila dah tutup api pun kena selalu kacau hingga wap hilang untuk elakkan kuah berketul.
Mudah sahaja kan nak buat Laksam ini? Kalau buat sebelah pagi ni memang syok habis tau. Dari orang dewasa sehingga ke anak-anak, mereka terus jatuh cinta.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Fauzi Karim
Baca juga: “Nenek Suka Sangat Makan Laksam Kamu Ni”, Wanita Ini Kongsi Resepi Laksam Lemak Sukatan Cawan Kegemaran Neneknya