Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Dia Kebaikan Rendaman Kaki Dalam Ais Dan Garam Bukit Untuk Kesihatan Tubuh Badan Kita

Ini Dia Kebaikan Rendaman Kaki Dalam Ais Dan Garam Bukit Untuk Kesihatan Tubuh Badan Kita

Kategori: ,

Tahukah anda penggunaan ais kepada tumbuh badan banyak khasiat dan manfaatnya. Antaranya ia baik untuk gout, sakit kepala, sakit badan, lesu, minor stroke, sakit urat, tak lena tidur malam. Dan kalau anda sentiasa rasa badan penat dan penat. Boleh cuba cara ini yang mana di kongsi oleh Fatin Adila Razali di laman facebook.

Kebaikan Rendaman Ais Dan Garam Bukit Untuk Kesihatan Tubuh Badan Kita

 

Untuk pengetahuan anda, amalan rendaman kaki dengan air yang dicampurkan dengan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari gangguan jin.

Tahukah anda? Bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu adalah angin tidak elok.

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut, kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat ,lenguh tengkuk, kerap sendawa, kerap kembung perut.

Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam adalah baik jika diamalkan.

Bagi masalah sakit kepala pula ataupun bisa sakit-sakit badan adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.

Menurut Perubatan Islam, sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang direndam itu, itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya diamalkan, inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.

Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengan daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesannya amat baik dalam tubuh badan kita.

Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki

Surah Al Fatihah 7x

Surah Al Ikhlas 7x

Dan selawat 7x

InshaaAllah dengan izin Allah, kaki badan akan berasa ringan.

Menurut Perubatan Islam, kesan gangguan makhluk halus adalah seperti:

  1. Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
  2. Lenguh dan kebas pada kaki
  3. Sakit mencucuk di kaki

Haruslah diingat ini adalah salah satu cara alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah, sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.

Sumber: Fatin Adila Razali

tags: |