Jom ikuti aneka resepi kek marble yang mudah untuk dicuba, yang penting kek memang gebu dan sedap. Sesuai untuk seisi keluarga atau dibuat sebagai jualan harian.
[toc]
1. Resepi Kek Marble Santan Guna Sukatan Cawan, Memang Terlajak Gebu!
Bahan-bahan:
- 5 biji telur gred A( suka pakai nutriplus)
- 1 cawan gula halus
- 1sb ovalate
- 1 sk esen vanila
- 1/2 kotak kecil santan kara
- 2 cawan tepung self rising
- 1 cawan/180g butter
- 1 sb emulco pandan coconut
- 1 sb pewarna hijau apple
Cara-cara:
- Satukan telur, gula, ovalate, esen vanilla, santan dan tepung naik sendiri. Mix sebati sampai gebu.
- Akhir sekali baru masukkan butter yang di cairkan.
- Kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian letakkan emulco pandan coconut dan 1 lagi letakkan pewarna hijau epal. Kacau kan.
- Lapik loyang dengan baking paper.
- Letak satu senduk setiap adunan. Gilir-gilir sehingga habis.
- Corakkan menggunakan lidi mengikut citarasa masing-masing.
- Panaskan oven selama 5 minit dan bakar kek selama 45-55 minit pada suhu 160 menggunakan api atas bawah. Guna rak no 2 dari bawah.
- Bila dah siap terbalikkan letak atas redai dan biarkan selama 1 jam baru terbalikkan semula.
- Masa terbalikkan tak perlu buka loyang, bila nak letak atas papan baru buka loyang.
- Selamat mencuba!
Kredit: Azlina Ina Fans
2. Resepi Kek Marble Gebu Gebas, Tak Perlu Guna Tepung Naik Sendiri Pun Menjadi
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- ½ cawan gula kastor
- ½ cawan susu pekat
- ¾ cawan butter/planta
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar ovalett
- 5 biji telur
- Esen vanila
Cara-cara:
- Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder.
- Pukul butter, gula dan ovalet sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Kemudian masukkan masukkan susu pekat dan esen vanilla.
- Akhir sekali, masukkan tepung yang telah diayak. Kacau sehingga rata.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian, letakkan pewarna pilihan.
- Masukkan adunan warna demi warna sehingga habis.
- Bakar pada suhu 130° selama 45 minit ataupun mengikut suhu oven masing-masing.
Kredit: Ruzana Ramli
3. Resepi Kek Butter Marble Yang Sedap, Lembut Dan Gebu. Anak-Anak Pasti Suka