Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara MUDAH Buat Whoppie Pie Yang Comel Dan Sedap, Anak-Anak Pasti Suka

Cara MUDAH Buat Whoppie Pie Yang Comel Dan Sedap, Anak-Anak Pasti Suka

Kategori: ,
resepi whoppie pie

Whoppie pie merupakan makanan atau dessert yang berasal daripada Amerika Syarikat. Walaupun berasal daripada AS, ramai rakyat Malaysia yang menyukai whoppie pie ini. Mungkin kerana rasanya yang lembut, bercoklat dan berkrim. Lagi satu, kat Malaysia jarang orang jual atau buat whoppie pie ini. Jadi apa kata buat sendiri je rujuk resepi yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook.

BAHAN-BAHAN:

  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 sb cuka masakan
  • 100 g butter/marjerin
  • 1 cawan gula perang (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 sk emolco

Bahan Ayak:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan susu tepung
  • 1 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 6 – 7 sb serbuk koko
  • sedikit garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan susu segar dan cuka masakan dan biarkan selama 10 minit.
  2. Mix butter/marjerin, gula perang dan esen vanilla sehingga kembang.
  3. Ayakkan bahan-bahan ayak tadi sehingga sekata.
  4. Apabila bahan mix tadi dah kembang, masukkan telur.
  5. Kemudian masukkan campuran tepung ayak tadi berselang seli dengan dengan campuran susu cuka tadi.
  6. Tambahkan pula emolco coklat nak dapat warna whoopie yang cantik.
  7. Apabila dah siap adunan, boleh masukkan dalam piping beg. Muncung tu jangan di gunting besar sangat, lebih kurang sebesar duit syiling 50 sen sahaja.
  8. Apabila paipkan nanti jarakkan.
  9. Panaskan oven pada suhu 170 C dengan api atas bawah.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar selama 10 hingga 15 minit.
  11. Untuk filling tu boleh je guna apa-apa filling sama ada cream cheese ke fresh cream butter ke.
  12. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Azlina Ina

 

 

tags: