Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Minumam Jus Pracampuran Sangat Bahaya Untuk Kesihatan! Sila Ambil Perhatian!!

Minumam Jus Pracampuran Sangat Bahaya Untuk Kesihatan! Sila Ambil Perhatian!!

Kategori: ,
bahaya jus pracampuran

Sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia yang mana menganggap bahawa jus pracampuran adalah bagus untuk kesihatan. Dapat menyembuhkan segala penyakit lah apa lah. Memang terlalu ramai yang mempercayai bahawa jus pracampuran ini mempunyai khasiat dan nutrien yang tinggi lebih-lebih golongan tua. Mereka amat mempercayainya.

Kenyataan tersebut adalah salah sama sekali. Kebanyakkan jus pracampur di luar sana tidak memiliki sepenuhnya khasiat dan nutrien seperti mana terdapat dalam buahan asli. Apa yang lebih teruk lagi adalah, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup menipu mengatakan jus pracampuran ini bagus untuk kesihatan. Tetapi jus pracampuran ini adalah salah satu punca kesihatan kita terjejas.

Jadi lebih baik anda memilih untuk makan buah-buahan yang segar berbanding membeli dan mengambil minuman jus pracampuran. Kerana jus pracampuran harganya lebih mahal dan biasanya ia mempunyai kandungan gula tambahan yang tinggi.

Antara sebab lain mengapa jus pracampuran ini bukan untuk kesihatan tubuh badan adalah kerana ia mengandungi bahan pengawet dan tidak serap. Malah ada rakyat Malaysia yang menceritakan pengalaman mereka dimana mereka telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan menjalani dialisis selepas mengamalkan jus pracampuran ini.

Sekiranya ada inginkan manfaat dari buah-buahan, anda tinggal membeli sahaja buahan yang segar di kedai atau pasaraya. Jangan mengharapkan kepada jus pracampuran ini. Sekiranya anda mengamalkan jus pracampuran ini, kemungkinan untuk menghidap penyakit yang lebih berbahaya adalah lebih berisiko.

Sumber: Public Health Malaysia

 

 

 

tags: |