Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Anda Kerap Cirit, Sembelit? Rupanya Tanda Usus Tidak Sihat! Ini Cara Untuk Elakkannya..

Anda Kerap Cirit, Sembelit? Rupanya Tanda Usus Tidak Sihat! Ini Cara Untuk Elakkannya..

Kategori: ,
Tanda Usus Tidak Sihat

Kesihatan usus sangatlah penting untuk seluruh tubuh anda. Boleh dikatakan bahawa kesihatan usus atau sistem penghadaman ini adalah pusat segala-galanya.

Kesihatan usus anda boleh dikaitkan dengan banyak masalah yang berlainan jika anda tidak memberi perhatian kepadanya seperti ketidakseimbangan hormon, anxiety, kemurungan dan keletihan. Selain itu, usus yang tidak sihat juga boleh memberikan kesan kepada kesihatan tubuh badan.

Apa tanda usus tidak sihat?

  • Kerap alami masalah penghadaman (kembung perut, perut berangin, cirit, sembelit)
  • Lemah imuniti tubuh (kerap jatuh sakit)
  • Masalah kulit (ekczema)
  • Perubahan berat badan

Penjagaan dan kesihatan usus amat penting. Jom ketahui tanda-tanda usus anda yang bermasalah.

Jadi bagaimana cara untuk menjaga usus dan cara untuk memastikan usus sihat?

  1. Amalkan pemakanan yang tinggi fiber dari sayuran dan buah-buahan. Ianya amat membantu. Pastikan diet harian anda lengkap dengan menu sayuran dan buah-buahan. Tak kira dewasa atau kanak-kanak.
  2. Kurangkan pengambilan makanan proses seperti maggi, sosej dan sebagainya. Kurangkan juga makanan dan minuman yang bergula.
  3. Makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna sebelum menelan.
  4. Melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti fizikal.
  5. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
  6. Makan makanan yang kaya dengan probiotok dan prebiotik.

Lihat infografik di bawah:

Kesihatan usus jangan diambil ringan. Segala masalah kesihatan kita boleh dikatakan berkait dengan apa yang kita makanan. Tanpa usus yang sihat pelbagai masalah kesihatan lain akan anda alami.

Cuba tanya pada mereka yang sering mengalami sembelit, sampai terganggu kehidupan seharian. Bila nak membuang tak boleh, bila dah membuang masih rasa tidak lawas. Jadi pelihara kesihatan usus anda untuk tahap kesihatan yang maksimum.

Sumber: Public Health Malaysia

tags: | |