Pastinya memang ramai peminat nanas bukan? Rasa masam manisnya memang boleh buat orang jadi ‘ketagih’, makan tak berhenti. Tapi ada satu perkara yang buatkan ada sesetengah orang tidak makan nanas, sebabnya adalah lidah menjadi pedih dan gatal.
Siapa yang setiap kali makan nanas lidah akan berasa lidas? Lidah boleh berasa lidas (pedih atau gatal pada lidah dan mulut) semasa memakan nanas disebabkan oleh kandungan bahan kimia jenis bromelain. Ianya tergolong dalam enzim jenis proteilytic yang berupaya menguraikan protein.
Bromelain boleh menguraikan lapisan protein mukosa yang membentuk permukaan lidah atau bahagian mulut yang lain. Keadaan ini menjadikan lidah menjadi sensitif kepada bahan kimia asid sitrik dan asid malik dalam jus nanas.
Iritasi kedua-dua jenis asid ini pada permukaan lidah dan mulut yang terjejas adalah penyebab kepada rasa lidas.
Berikut adalah cara untuk mengurangkan kandungan bromelain untuk mengelakkan lidah berasa lidas:
Sumber: Dr. Fatimah Salim