Ini dia resepi kuih lompang mawar yang cantik dan sedap. Dikongsi oleh seorang wanita Indonesia. Cantikkan bentuknya? Berbentuk mawar dan berkilat hijau. Memang sesuai untuk dijadikan jualan atau pun untuk dihidangkan ketika majlis. Kuih lompang ini juga mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu mencari acuan lompang yang berbentuk bunga mawar sahaja.
BAHAN-BAHAN:
- 150 grm tepung kanji
- 50 grm tepung beras
- 150 grm gula pasir
- 350 ml air santan pekat air pati daun pandan
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
- Campur semua bahan, adunkan hingga gula pasir larut.
- Sapukan bekas acuan dengan minyak, tuang ke dalam bekas (kacau dulu sebelum tuang ke bekas) kukus selama 15 minit dengan api yang sederhana.
- Sebelum itu panaskan kukusan terlebih dahulu, alaskan tudung periuk dengan kain.
- Buka sekejap setelah 10 menit dikukus dengan api besar. Biar ada lekukan ditengah kemudian tutup kembali.
- Kukus lagi selama 5 minit dengan api sederhana sehingga matang.
- Angkat dan hidangkan bersama kelapa parut.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : Jjuwitacc
Baca juga: Ini Cara Mudah Orang Dulu Buat Kuih Lompang, Confirm Jadi!