Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Pes Bawang Putih, Senang Bila Nak Masak. Boleh Tahan Sampai Berbulan-bulan

Cara Buat Pes Bawang Putih, Senang Bila Nak Masak. Boleh Tahan Sampai Berbulan-bulan

Kategori:
Pes Bawang Putih

Tak dinafikan, ramai para ibu yang sibuk bekerja sehingga tidak sempat untuk masuk dapur. Bila masak pun, hanya masak yang mudah dan cepat sebab dah penat seharian bekerja.

Kadang-kadang, bekalan yang nak dimasak tak sentiasa ada bekalannya. Sebagai contoh, bawang putih. Maklum sudah tahu, bawang akan cepat rosak jika tidak diguna. Jika  dikupas siap-siap dan disimpan dalam peti pun tidak bertahan lama juga.

Jom ikuti perkongsian oleh Khabbab Jamalludin yang berkongsikan cara-cara beliau membuat pes bawang putih. Senang sangat bila nak memasak bila ada pes ni. Simpan dalam peti boleh tahan berbulan-bulan. Bila nak masak, tak perlu susah-susah nak kupas.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.

Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.

Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.

Cara-cara:

  1. Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.
  2. Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
  3. Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.
  4. Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali.

Nota:

  • Saya tahu dan setuju, paling best kalau fresh fresh. Saya tahu juga nak kupas bawang beberapa ulas bukan leceh sangat. Ini bukan untuk yang banyak masa, tak bekerja dan yang sentiasa boleh pergi kedai cari barang. Ini untuk mereka yang busy, waktu terbatas, balik tak tentu waktu, kedai nak cari bahan mentah bukan senang nak jumpa. Kami kena siapkan benda benda macam ni supaya motivasi nak masak dan makan dirumah tu tinggi sebab mudah; cedok, tambah rencah sikit, dah siap.

Sumber: Khabbab Jamalludin

 

tags: