Memandangkan sekarang musimnya tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan jadi memang mudah di antara kita untuk diserang selsema atau demam. Lebih-lebih lagi bagi individu yang antibodi dan sistem imunasinya lemah. Jadi semestinya apabila selsema akan bersin kan? Hal tersebut akan membuatkan kita berasa kurang selesa dan lemau untuk melakukan apa jua aktiviti.
Sehubungan denga itu Public Health Malaysia ada berkongsi beberapa senarai makanan mungkin dapat membantu melegakan selsema dan demam. Tapi ingat, makanan makanan ini bukan penyembuh atau untuk merawat. Jangan ada yang overclaim pula nanti ye.
1.TEH PANAS
Air teh yang panas akan melegakan hidung anda yang tersumbat.
2.SUP
Sup sangat baik untuk hidrasi.
3. PISANG
Pisang bagus untuk penghadaman. Ianya juga boleh mengenyangkan.
4. HALIA
Halia dapat melegakan rasa loya.
5. AIR
Seperti sup, air juga adalah untuk hidrasi.
6. BAWANG PUTIH
Bawang putih dapat melegakan hidung yang tersumbat
7. AIS POP
Ais pop atau ais krim batang ini dapat melegakan sakit tekak.
Semoga senarai di atas dapat membantu anda mengurangkan kesulitan atau kesakitan yang anda alami!
Sumber: Public Health Malaysia