Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kek Coklat Moist Paling Sedap & Paling Mudah Abad Ini, Rugi Kalau Tak Cuba

Cara Buat Kek Coklat Moist Paling Sedap & Paling Mudah Abad Ini, Rugi Kalau Tak Cuba

Kategori:
kek coklat

Kek coklat moist merupakan kek yang sudah lama wujud dan hampir dikenali dan sudah dirasai oleh kebanyakan orang. Walaupun begitu, kek coklat moist ini tetap tidak lapuk dek zaman, tak lekang dek panas. Masih lagi ramai mencari dan ingin merasainya. Jadi anda nak tahu tak cara mudah dan senang nak buat kek coklat moist ini? Kalau nak yang senang punya, boleh rujuk resepi di bawah ini ye.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A :

  • 1 cwn serbuk koko (guna yg dark lg sdp)
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn susu pekat

*Masak atas api perlahan, kacau hingga tak berketul.

Bahan B :

  • 1 1/4 cwn tepung gandum
  • 1sk soda
  • 1sk baking
  • *ayak bahan di ats..
  • 3 biji telur gred A
  • 1sk esen vanila

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan telur satu persatu ke dalam bahan A. Setiap kali masukkan telur mix 1 minit.
  2. Masukkan esen vanila.
  3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan mix sebati.
  4. Sapu minyak pada loyang size 8. Memang saja guna loyang besar nak bagi kek nipis lapik baking paper tuangkan adunan.
  5. Kukus 50 minit atau hingga masak, api sederhana ye.

UNTUK TOPPING

Untuk topping pula tiada sukatan. Main agak-agak je. Kalau rasa okay, manis apa semua cukup rasa maka okay lah. Kek oklat ini kalau pahit-pahit sikit baru ada umph!

  • Serbuk koko
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Shortening @ minyak sayuran

*Masak atas api perlahan dan tunggu kek dah sejuk baru tuangkan topi atas kek tadi.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nurul Syafirah

Baca juga: Cara MUDAH Buat Kek Coklat Kukus Yang Super Duper Sedap, Memang Mengiurkan

tags: |