Bahaya kesan penyakit darah tinggi jika mereka tidak menjaga pemakanan seharian mereka. Komplikasi penyakit darah tinggi boleh berlaku dalam jangkamasa yang cepat ataupun lambat jika penghidap darah tinggi mengambil mudah.
Kesan Komplikasi Penyakit Darah Tinggi
Banyak kesan yang buruk jika berlaku komplikasi penyakit darah tinggi. Diantara kesannya adalah:
- Menyebabkan kerosakan jantung disebabkan oleh salur darah menjadi sempit, jantung menjadi bengkak dan proses tekanan darah tidak terkawal.
- Kerosakan otak disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke otak.
- Tulang rapuh disebabkan oleh peningkatan pengeluaran kalsium melalui air kencing.
- Menyebabkan kerosakan mata iaitu kerosakan saluran darah pada mata dan mengurangkan bekalan oksigen serta nutrien.
Makanan Big No Untuk Penghidap Darah Tinggi
Jika anda penghidap darah tinggi mahu mengelakkan komplikasi di atas, anda perlu berhenti mengambil makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Berikut adalah makanan yang mengandungi kandungan garam tinggi yang perlu dielakkan untuk penghidap darah tinggi:
- Bahan perisa seperti kicap, sos tomato, sos tiram, taucu, MSG, kiub perisa, perencah makanan segera, mayonis dan salad dressing.
- Makanan terproses seperti makanan dalam tin (sardin, tuna, sup cendawam, sosej, keju, kacang, pizza, bebola ikan, nugget dan burger)
- Makanan diawet seperti ikan bilis, udang kering, ikan masin, ikan pekasan, daging salai, telur masin, jeruk sayur, jeruk buah, acar buah, belacan, cencaluk dan budu.
- Makanan ringan seperti keropok udang/ikan, mi segera, kerepek ubi, papadom, kacang masin, kerepek kentang dan biskut masin.
Sumber: Public Health Malaysia