Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Secret Recipe Malaysia Memperkenalkan Burnt Cheesecake Yang Kaya Dengan Rasa Keju Dan Karamelnya Yang Berkrim

Secret Recipe Malaysia Memperkenalkan Burnt Cheesecake Yang Kaya Dengan Rasa Keju Dan Karamelnya Yang Berkrim

Kategori:
burnt cheesecake secret recipe

Ada yang perasan tak sejak kebelakangan ini cuaca di Malaysia sangat panas? Dan pasti kita akan selalu mencari minuman sejuk untuk menyejukkan anak tekak kita, tetapi ianya tidak lengkap sekiranya tanpa potongan kek yang manis sebagai pencuci mulut. Sekiranya anda masih mencari potongan kek berkrim yang lembut dan sedap anda boleh mencarinya di Secret Recipe Malaysia. Memandangkan mereka ada mengeluarkan Burnt Cheesecake versi mereka sendiri. Yay!

Secret Recipe kini mengeluarkan burnt cheesecake versi mereka

Bercakap tentang Secret Recipe, kebanyakan dari kita pasti akan teringat pelbagai jenis cheesecakes  yang telah mereka keluarkan sebelum ini. Dan juga promosi kek yang menarik yang mereka tawarkan. Selama bertahun-tahun, Secret Recipe tanpa jemu terus mempelbagaikan menu mereka dengan perisa kek baru seperti Butterfly Pea Lemon Cheesecake, Rose Lychee Cake dan banyak lagi.

Memang diakui, kebanyakan daripada rakyat Malaysia amat menyukai burnt cheesecake ini. Manakan tidak di sukai, dari teksturnya yang berkrim dan kaya dengan keju di bahagian dalam dan rasa karamelnya yang hangus. Pasti disukai orang ramai. Sekadar bercerita pun sudah membuatkan kita meleleh air liur kan?

Selamat menikmati!

 

tags: |