Kareem Pasembor Rojak dibuka sejak tahun 1945. Kareem menggunakan keretapi kecil berwarna biru di Bangunan Kastam di Gat Lebuh China sebelum dia berpindah ke Lebuh Union, Georgetown. Waktu perniagaannya bermula 11.00 pagi hingga 7.00 malam.
Kareem Pasembor Rojak merupakan pasembor yang terbaik yang terdapat di Penang. Dalam pasembor, mempuyai pelbagai jenis campuran kuih-kuih pasembor dan juga dilimpahi dengan campuran kuah yang pekat, pedas, berlemak dan manis.
Harga yang dikenakan juga murah dan amat berpatutan, sesuai dengan kepuasan pelanggan.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:
Sumber: Hypp Inspirasi