Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Bongkar Resepi Nasi Berlauk ‘Gulai Kuning Ikan Ayo’ Macam Di Kelantan

Wanita Ini Bongkar Resepi Nasi Berlauk ‘Gulai Kuning Ikan Ayo’ Macam Di Kelantan

Kategori:
Gulai Kuning Ikan Ayo

Gulai kuning ikan ayo sememangnya sangat terkenal di Kelantan. Atau panggilan kebanyakan orang disana menyebut dengan nama gulai kunyit lengkuas. Nak belajar masak masakan gulai tradisi orang Kelantan ini? Jom ikuti resepi perkongsian oleh Cikgu Afy AL Habibi di bawah.

Resepi Gulai Kuning Ikan Ayo

Resepi untuk seekor ikan tongkol bersaiz besar XXL.

Bahan kisar sehingga lumat:

– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 1 ulas bawang putih
– 4 hiris lengkuas
(Cikgu guna lebih untuk menaikkan rasa lengkuas yang sedap)

Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan 1 sudu besar cili kering kisar.

Masukkan pula 1 sudu besar serbuk kunyit.

Ini antara petua mak yang cikgu guna untuk menaikkan aroma gulai.

Masukkan 1/2 sudu besar serbuk kari. Dalam gambar cikgu guna dari rempah cikgu sendiri. Bau memang harum semerbak.

Proses paling penting. Ini rahsia seterusnya cikgu pakai. Tumis lagi sehingga pecah minyak untuk kuah cantik dan menaikkan aroma masakan. Rujuk gambar.

Kemudian masukkan 1 kotak kecil santan pekat.

Diikuti dengan 1 cawan air dan 1/4 cawan air asam jawa.
Tambahkan air rebusan ikan sedikit.

Perasakan dengan:

– 1 keping nise kecil / gula melaka
– Garam bukit, gula putih atau gula perang secukup rasa

Bahagian ini juga penting. Biasa orang Kelantan gulai ikan mesti rebus dulu. Ada banyak resepi rebus ikan yang tersendiri. Masing-masing ada kesedapannya. Cuma yang belum tahu cara cikgu, mesti cuba ikut resepi ini. Pasti ada kelainan dan keistimewaan yang jarang dirasai.

Pelengkap gulai:

– timun batang
– kacang panjang
– terung
– cili padi

Selepas kuah mula memekat, masukkan terung terlebih dahulu kemudian diikuti sayur lain. Tunggu 2-3 minit sebelum ditutup apinya.

Boleh tengok rupa ikan cikgu yang tak mudah hancur.

Ini padanan yang paling cikgu suka. Wajib ada ayam goreng berempah untuk menaikkan selera.

Fuhhh nak lagi sedap biar kuah tu sebati dulu dibungkus setengah jam dengan nasi. Barulah terangkat.

Kredit: Afy AL Habibi

 

tags: