Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Petua Buat Tapai Pulut Manis & Tak Masam, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Nikmat Di Tekak

Petua Buat Tapai Pulut Manis & Tak Masam, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Nikmat Di Tekak

Kategori:
tapai pulut

Siapa suka makan tapai? Memang ramai yang suka makan, tapi tak ramai yang tahu membuatnya. Kalau ada yang nak belajar, jom ikuti resepi tapai pulut di bawah. Ada petua rupanya nak buat tapai supaya betul-betul menjadi, jangan lupa baca sampai habis ya.

Resepi Tapai Pulut Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulut (basuh bersih-bersih sehingga jernih airnya. Rendam selama 2 jam)
  • Sebiji ragi
  • 1 sudu gula

Cara-cara:

  1. Kukus pulut sehingga betul-betul masak.
  2. Kalau pulut keras lagi, renjis-renjiskan air dan balik-balikkan pulut. Kukus lagi sehingga masak.
  3. Bila pulut dah masak, sejukkan pulut dalam dulang dan ratakan.
  4. Tumbuk sebiji ragi dan satu sudu gula (ini petua buat tapai manis dan tidak masam).
  5. Tabur ragi atas pulut yang disejuk tadi dengan penapis teh.
  6. Kacau-kacau pulut supaya ragi mesra dalam pulut.
  7. Bungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan dalam bekas kecil-kecil.
  8. Simpan tapai yang dah siap dibungkus dalam tempat gelap contohnya kabinet dapur.
  9. Buka selepas 2 hari, tapai dah masak dan boleh dimakan.
  10. Kalau ragi cepat bertindak, tak sampai 2 hari tapai dah masak.

Kredit: Rozie Mnor

Baca juga : Tips Paling Mudah Untuk Buat Tapai Yang Semanis Gula, Jangan Abaikan Cara-Cara Ini!

tags: