Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mudah Je Nak Buat Mushroom Soup & Garlic Bread Ala Pizza Hut, Sedapnya!

Mudah Je Nak Buat Mushroom Soup & Garlic Bread Ala Pizza Hut, Sedapnya!

Kategori:
Mushroom Soup

Roti bawang putih (garlic bread) dicicah dengan sup cendawan (mushroom soup) memang sepadan sangat! Siapa yang suka makan di Pizza Hut pasti biasa makan gabungan 2 menu ini. Sedap kan?

Mudah sahaja nak buat sendiri di rumah rupanya. Buat sendiri baru puas hati dan lagi jimat. Boleh dimakan seisi keluarga, anak-anak pasti suka.

Resepi Mushroom Soup

Bahan-bahan:

  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1-2 kiub ayam
  • 1/2 st daun parsley
  • 1/2 st serbuk lada hitam
  • 1/2 st garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sb mentega
  • 1 tin cendawan butang(potong hiris/cincang)
  • Sedikit serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Masuk air dan susu dalam periuk. Masak hingga mendidih baru masuk kiub ayam.
  2. Kacau 2-3 minit masuk lada hitam, cendawan. Kacau lagi dalam 15 minit.
  3. Masuk daun parsley, mentega, garam dan kacau lagi dalam 10 minit.
  4. Tepung dibancuh dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapis dalam periuk.
  5. Kacau sebati.sup akan menjadi pekat. Reneh agak lama supaya semua masak elok.

Resepi Garlic Bread

Bahan-bahan:

  • Roti Perancis-hiris (Saya guna roti gardenia je)
  • 2sb mentega
  • Secubit daun parsley
  • 1 ulas bawang putih bakar sekejap & tumbuk halus

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dan sapukan atas roti. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan.

Kredit: Yatie Yusof

tags: |