Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips PENTING Jika ‘First Time’ Guna Air Fryer, Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Tips PENTING Jika ‘First Time’ Guna Air Fryer, Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Kategori: ,
Guna Air Fryer

“Air fryer saya baru sampai! Tak sabar nya nak guna. Jadi apa yang perlu saya buat?”

Anda tak pernah guna Air Fryer dan mahu menggunakannya buat kali pertama? Jangan lupa baca artikel ini sehingga habis kerana ianya sangat penting supaya Air Fryer anda tidak cepat rosak dan tahan lama. Perkongsian oleh Salmy Saznira yang mungkin boleh membantu anda yang pertama kali menggunakan Air Fryer ini.

Tips PENTING Jika ‘First Time’ Guna Air Fryer

Mula-mula skali PERLU baca dulu (buku) MANUAL air fryer masing-masing sebagai panduan asas. (Biasanya disertakan skali di dalam kotak air fryer)

Kemudian, boleh la ikuti tips di bawah :

1. Pastikan TEMPAT letak air fryer KERAS dan TEGAP

Sebab: Untuk elak bunyi gegar/bising apabila kipas air fryer berpusing.

2. Pastikan JARAK EKZOS/ruang keluar udara(biasanya berada di bahagian belakang) sekurang-kurangnya 5 inci(13-15 cm) daripada jarak apa-apa benda berdekatan.

Sebab: Untuk melancarkan proses memasak. Tambahan pula eksos air fryer akan mengeluarkan udara panas daripada proses memasak. Jika ada benda/alatan berdekatan akan turut rosak/mencair/lebur.

3. SEBELUM menggunakan bakul air fryer/pan air fryer (first time nak guna)

BASUH DAHULU dengan sabun serta air bersih. Kemudian lap sehingga kering.

Sebab: Untuk elakkan ada kotoran/debu atau bahan asing semasa pembungkusan atau dari kilang pembuatan.

4. Tips apabila nak FIRST TIME nak menggoreng

Pastikan spray/sapu/lap minyak(guna tisu)kat bahagian bawah bakul air fryer dan panaskan 2@3 minit dengan suhu 170-180 darjah. *terutama goreng ikan.

Sebab: Untuk elakkan makanan melekat teruk kat bawah bakul air fryer.

5. Jika INGIN MEMBELI AKSESORI air fryer pastikan kita ukur terlebih dahulu bahagian bakul air fryer kita.

Sebab: Supaya aksesori yang dibeli dapat muat masuk air fryer kita(setiap air fryer berbeza-beza saiz bakul).

6. Cara basuh setiap kali lepas guna

Setiap kali SELEPAS GUNA air fryer MESTI BASUH BAKUL dan PAN dengan sabun biasa dan berus lembut(rendam sekejap jika ada hasil masakan melekat).

*selepas masak biarkan reda panasnya sekejap dan baru rendam-basuh.

*hampir semua air fryer boleh bukak/asingkan dengan mudah antara bakul dan pan.

Sebab: Untuk elakkan bakul berkarat,bergris/berminyak dan akan rosak/terkupak

7. 2@3 hari sekali BASUH bahagian COIL pemanas dan bahagian dalam air fryer (Nak basuh setiap hari lagi baik)

Sebab: Untuk elakkan sisa makanan/saki baki minyak melekat terlalu banyak/menebal terutama kat coil pemanas, ini akan membuatkan ia lebih sukar untuk dicuci malah berkarat teruk.

Kredit: Salmy Saznira

Nak cari Air Fryer yang berkualiti dan harga berpatutan di Shopee? Boleh beli di sini.

tags: |