Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Goreng Korea Spicy Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

Resepi Ayam Goreng Korea Spicy Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

Kategori:
resepi ayam goreng korea spicy

Resepi ayam goreng korea spicy yang sedap dan mudah. Mesti ramai penggemar ayam goreng korea spicy ini kan? Kat kedai pun ada je jual. Tapi kalau ramai nak makan better buat sendiri. Sebab caranya mudah sahaja nak buat. Cukup bahan, betul caranya pasti akan sedap macam dekat kedai tu.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sedikit lada hitam
  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 1 biji telur ayam
  • Setengah mangkuk tepung gandum
  • Setengah mangkuk tepung jagung
  • 2 cawan minyak masak
  • 2 ulas bawang putih (didadu)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula perang
  • Secubit garam
  • 1 mangkuk kecil bijan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
  2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.
  3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.
  5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.
  6. Masukkan bijan dan gaul sebati.
  7. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Pesan Bonda

 

tags: |