Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Radang Boleh Menyebabkan Penyakit Kronik Jadi Ketahui Makanan PENCEGAH Radang

Radang Boleh Menyebabkan Penyakit Kronik Jadi Ketahui Makanan PENCEGAH Radang

Kategori:

Tubuh manusia dilengkapi dengan sistem pertahanan yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari jangkitan penyakit. Apabila virus atau kuman hadir, sistem ini akan mengaktifkan tindak balas RADANG (inflamation) untuk memberi isyarat kepada sistem pertahanan badan untuk bertindak.

Namun begitu, kadang kala tindak balas radang akan berlaku secara berterusan tanpa sebarang ancaman dari sebarang jangkitan. Apabila keadaan ini berlaku, tindak balas RADANG ini akan menjadi musuh kepada tubuh badan manusia.

Apakah kesan tindak balas radang berterusan kepada tubuh?

Kesan tindak balas radang berterusan kepada tubuh badan manusia adalah ia akan menyebabkan penyakit kronik. Penyakit kronik tersebut seperti kanser, penyakit metabolik, penyakit sendi, kemurungan dan masalah nyanyuk.

Apakah cara untuk menghentikan dan mencegah radang yang berterusan ini? Caranya ada tetapi bukan menerusi ubat ubatan di farmasi, kaedah untuk mencegah radang adalah menerusi makanan! Kajian telah membuktikan bahawa makanan makanan seperti tomato, sayuran berdaun hijau, buah-buahan, kekacang, minyak zaiton dan ikan mampu memberikan kesan yang positif.

Antara makanan yang boleh menyebabkan keradangan

Terdapat juga makanan yang boleh menyebabkan keradangan seperti makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, makanan proses, daging yang telah di proses, kentang goreng dan makanan bergoreng lain, karbohidrat yang telah di proses( roti dan pastri) dan minuman berkarbonat.

Kesimpulannya, agak mudah untuk mempraktiskan tips makanan anti radang ini kerana kebanyakan makanan anti radang adalah makanan dari sumber semulajadi yang sememangnya di ketahui mengandungi pelbagai khasiat.

Makanan punca radang pula adalah makanan proses yang sememangnya di ketahui mengandungi banyak garam, gula dan lemak.

tags: |