Aiskrim kacang merah merupakan antara aiskrim yang digemari oleh kebanyakan orang. Oleh kerana rasanya yang lemak-lemak. Dulu-dulu, sewaktu zaman 60an-90an aiskrim sebegini banyak dijual oleh makcik-makcik. Tapi sekarang banyak yang batang tu sahaja. Dah tak ramai yang buat aiskrim Malaysia perisa kacang merah ni. Mesti anda teringin kan? Jadi apa kata buat sendiri je. Boleh makan sepuasnya.
BAHAN-BAHAN:
- Kacang merah (lebih kurang 300grm )
- 1.5 liter air masak
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 satu kotak santan (kecil)
- 1 tin susu cair
- 3 sudu tepung pulut
- 3 sudu tepung jagung
- Sedikit sirap
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
- Rendam kacang semalaman, selepas itu rebus sampai empuk dan lenyek. (Lagi lama rendam kacang lagi bagus senang empuk) kacang merah saya suka letak banyak, lagi sedap. Resipi diatas anggaran sahaja.
- Masukkan 1.5 liter air + 1 cawan gula masak atas dapur sampi gula hancur.
- 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dalam air gula tu. Kacau sampai tepung larut. Nak senang guna mixed
- Masuk 1/2 susu pekat, 1 kotak santan yang kecik, 1 tin susu cair.
- Masukkan garam sikit, sirap sikit untuk bagi color cantik. Buka api kecik kacau sampai mendidih. Last sekali masuk kacang yang ditumbuk tu kacau sampai kacang sebati.
- Tutup api.
- Masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Siti Norazliana