Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Chapati Cheese di Chapati House, Medan Selera D’Rejang

Chapati Cheese di Chapati House, Medan Selera D’Rejang

Kategori:

Chapati Cheese ini boleh didapati di Chapati House, Medan Selera D’Rejang. Di medan selera ini terdapat pelbagai jenis kedai yang menghidangkan makanan bagi sarapan pagi. Chapati House ini dibuka dari 6 pagi hingga 12 tengah hari dan dibuka semula dari 6 petang hingga 12 malam.

Chapati cheese ini merupakan menu istimewa yang tidak di dapati di mana-mana kedai lain. Hal ini disebabkan cheese yang digunakan adalah lain daripada yang lain.

Selain daripada chapati terdapat juga roti canai, roti telur, tosei dan nasi beriani. Chapati House ini menyediakan pelbagai jenis kuah dan lauk. Ia disediakan untuk di makan bersama chapati seperti kuah dal, kuah kacang kuda, kentang masala, daging, sardin dan lain-lain tambahan yang menyelerakan.

Kuah rempah yang di dapati di Chapati House ini juga adalah resepi turun temurun yang hanya boleh di dapati di Chapati House ini sahaja.

Keenakan makanan dan harga yang berpatutan di Chapati House ini menarik pelanggan untuk singgah datang ke Medan Selere D’Rejang untuk menikmati chapati.

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat ini:

Kredit: Hypp Inspirasi

tags: | |